News

22Aug

Jewels Hotel konsep berlian, permata - HARIAN METRO (TIMUR) 18-08-2017

Kota Bharu: Jewels Hotel di Kelantan menjadi hotel pertama di negara ini menggunakan konsep berlian dan batu permata.

Pengarah Urusan Kumpulan Habib Datuk Seri Meer Sadik Habib berkata, pengubahsuaian itu dibuat bersesuaian dengan Habib Hotel yang dijenamakan semula dengan nama Jewels Hotel. Katanya, kerja pengubahsuaian hotel itu mengambil masa beberapa bulan supaya ia lebih menarik dan dapat memberi keselesaan kepada pelanggan.

“Bagi menampung permintaan, hotel kami kini mempunyai 42 bilik tetamu, bilik mesyuarat dan tiga dewan serbaguna selain gimnasium bagi pelanggan kami yang mementingkan kesihatan.

“Kami menawarkan tiga jenis bilik iaitu superior, deluxe dan suite pada harga RM160 sehingga RM200 untuk satu malam. “Pada masa sama, di segenap ruang dalam hotel ini dihiasi gambar koleksi barang kemas eksklusif Habib yang terdiri daripada koleksi emas, berlian dan batu permata seperti safir, kecubung, zamrud, delima, dan mutiara sekali gus mempromosikan rangkaian barangan kemas Kumpulan Habib,” katanya pada sidang media pelancaran Jewels Hotel di sini, semalam.

By: Admin