News

17Aug

JEWELS HOTEL™: PERMATA DARUL NAIM

Kota Bharu, 17 Ogos 2017 – JEWELS HOTEL™  yang dahulunya dikenali sebagai HABIB Hotel kini berwajah baru. JEWELS HOTEL™ telah didirikan pada tahun 2010 yang terletak di tengah-tengah Bandar Kota Bharu, Kelantan. Tambahan pula, hotel ini merupakan hotel pertama di Malaysia yang menekankan konsep berlian dan batu permata sebagai tarikan utama. Ia dapat dilihat pada dekorasi unik dan nama bilik serta lantai hotel ini. Lokasi yang strategik menjadikan Hotel butik ini pilihan terbaik buat anda sekiranya anda mempunyai urusan perniagaan mahupun untuk percutian bersama keluarga. Ia mengambil masa hanya 20 minit perjalanan dari Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Kota Bharu ke JEWELS HOTEL™.

Hotel 3 bintang di Kota Bharu, yang terkenal dengan menawarkan servis 5 bintang untuk memastikan servis dan perkhidmatan terbaik buat penginapan para tetamu. Hotel yang sudah terkenal di Kota Bharu ini telah menerima maklumbalas baik dari para tetamu dari dalam dan luar negara kerana menyediakan penginapan selesa serta perkhidmatan yang terbaik dari kakitangan yang sentiasa mesra dan sedia membantu dan juga makanan.

Pihak Pengurusan telah mengambil keputusan untuk melakukan penjenamaan semula hotel ini kepada JEWELS HOTEL™ bersesuaian dengan nilainya yang diibaratkan sebagai permata yang terletak ditengah-tengah Pantai Timur.  

Peminat barang kemas pastinya teruja sebaik sahaja melangkah masuk ke hotel berwajah baru ini. JEWELS HOTEL™ kini telah diubahsuai dengan konsep terbaharu dimana seluruh bilik hotel di hiasi dengan gambar koleksi barang kemas eksklusif HABIB yang terdiri daripada koleksi emas, berlian dan batu permata seperti safir, kecubung, zamrud, delima dan juga mutiara. Salah satu keunikan JEWELS HOTEL™ ini adalah lif vintaj dengan pintu bercermin telus yang perlu dibuka dan ditutup secara manual.

JEWELS HOTEL™  ini kini mempunyai 42 bilik tetamu, sebuah bilik mesyuarat dan 3 dewan serbaguna iaitu ‘Gold’, ‘Diamond’ dan ‘Platinum’ yang boleh menampung sehingga 130 orang. Dewan ini boleh digunakan juga untuk mesyuarat, seminar, sesi latihan dan majlis peribadi. Untuk kemudahan buat para pelanggan, JEWELS HOTEL™ turut menyediakan bilik gimnasium bagi mereka yang mementingkan kesihatan.

Bilik tetamu dilengkapi dengan televisyen LCD 32” untuk bilik Superior dan 42” untuk bilik Deluxe dan Suite dengan siaran Astro seperti berita antarabangsa, sukan, rancangan kanak-kanak dan siaran tempatan untuk tontonan para tetamu. Di samping itu, hotel ini turut menyediakan peralatan elektrik untuk membuat minuman panas serta kemudahan WiFi percuma untuk setiap bilik. Sambungan Wi-Fi turut terdapat dikawasan lobi hotel dan juga Restoran Suasa.

Selain mempunyai nama-nama koleksi permata di hotel ini, JEWELS HOTEL™ tidak ketinggalan untuk menamakan satu-satunya restorannya dengan nama Restoran Suasa. Suasa merupakan emas 9K atau lebih dikenali dengan emas 375 yang diminati ramai kerana harganya dan daya tahannya yang sangat kuat. Restoran Suasa di JEWELS HOTEL™ menawarkan pelbagai hidangan yang dijamin halal pada harga yang sangat berpatutan sesuai dengan namanya walaupun mewah namun berpatutan. Para tetamu boleh menikmati hidangan enak sama ada sajian tempatan mahupun antarabangsa yang disediakan oleh chef berpengalaman yang merangkumi hidangan bufet sarapan pagi sehingga ke makan malam dan juga menyediakan menu ala-carte. Restoran Suasa juga mempunyai pelbagai jenis menu makanan berbentuk hidang untuk di nikmati sama ada di suasa restoran atau di dalam dewan.

Menurut Dato’ Sri Meer, Pengarah Urusan JEWELS HOTEL™ , “Pengubahsuaian hotel ini telah mengambil masa beberapa bulan supaya ia tampak lebih menarik dan memberi lebih keselesaan untuk para pelanggan serta menjadikannya hotel pertama di Malaysia yang berkonsepkan emas, berlian dan permata.”

JEWELS HOTEL™  kini menawarkan 3 jenis bilik iaitu Superior, Deluxe dan juga Suite pada harga RM160 sehingga RM200 untuk penginapan satu malam.

Hotel ini dikelilingi oleh kawasan tumpuan pelancong dan tempat membeli belah terkenal di Kota Bharu seperti Pasar Siti Khadijah, Bazar Siti Aisyah, Wakaf Tok Guru dan KB Mall. Tidak ketinggalan tarikan pelancong sepert Muzium Negeri, Balai Seni Lukis, Kampung Kraftangan Kelantan dan Stadium Sultan Muhammad IV yang juga berhampiran.

Hotel ini juga merupakan penyertaan pertama oleh Kumpulan HABIB ke dalam bidang perhotelan yang amat mementingkan keselesaan dan perkhidmatan yang berkualiti.

JEWELS HOTEL™

Dalam usaha untuk memperkembangkan lagi wawasannya, Kumpulan HABIB telah menceburi industri perhotelan dengan pembukaan Hotel JEWELS di Kota Bharu, Kelantan.  JEWELS HOTEL™ telah didirikan pada tahun 2010 yang terletak di tengah-tengah Bandar Kota Bharu, Kelantan. Tambahan pula, hotel ini merupakan hotel pertama di Malaysia yang menekankan konsep berlian dan batu permata sebagai tarikan utama.


By: Admin